Isnin, 26 Julai 2010

Barangan HPA

http://www.hpa-online.net/?id=adia


Khamis, 15 Julai 2010

Floria 2010, Putrajaya


kepada peminat taman,landskap dan bunga-bungaan,jangan lupa untuk berkunjung ke Floria 2010 yang bertempat di Presint 2,Putrajaya dan saksikan festival bunga dan taman.Kali ini festival yang dianjurkan kali ke3 ini bertemakan' Keindahan Tropika' .
Floria 2010 ini berlangsung selama 9 hari ini berakhir pada 18 Julai di persisiran Tasik,Presint 2.

Festival ini menampilkan 400,000 jenis bunga hiasan beraneka warna ,tumbuhan herba,pokok liar dan hiasan taman.
Jika anda mengunjungi festival ini pada waktu malam,anda akan dapat melihat keindahan lanskap dan taman hiasan yang diterangi cahaya lampu yang memukau.
Festival ini dibuka secara percuma dari jam 9 pagi hingga 10 malam setiap Isnin -Khamis dan dilanjutkan sehingga 12 malam pada hari Jumaat dan hhujung minggu.
Pengunjung juga boleh melihat demonstrasi dan bengkel penanaman serta penjagaan tanaman,kraf tangan ,seminar mengenai tumbuhan dan lanskap,persembahan hiburan dan kebudayaan,pertunjukan pentas,pertandingan melukis dan foto serta ceramah mengenai pokok.

Khamis, 1 Julai 2010

Laila Asyikin-Drama Samarinda di TV3


lepas je drama Noktah Erna habis,drama terbaru Laila Asyikin( bukan Laila Majnun) yang dibintangi pelakon yang agak baru bagi aku
Drama ni arahan Heykal Hanifah, para pelakonnya terdiri daripada Fahrin Ahmad, Nur Fathia Latiff (pelakon baru) , Diana Amir, Hamidah Wahab, Zain Ruffedge dan ramai lagi. Nampaknye ramai bekas pelakon dalam Adamaya tu berlakon dalam Laila Asyikin ni.

Kalo korang ingat Nur Fathia ni pernah berlakon dalam drama Nur Kasih,ala yang jadi kawan baik Nur Amina tu
Jalan cite nyer camni,kisah Laila yang bermula dari seorang remaja dan kemudian berkahwin ngan kekasihnya,Adam dan memiliki 2 orang cahaya mata.Tanpa pengetahuan Laila ,Adam berkahwin dengan Sarah(Diana Amir)hinggalah Adam mengalami kemalangan bersama Sarah.Barulah Laila tahu yang Adam ada bini lain.Adam ngan Sarah ada sorang anak,so Laila ambik keputusan nak jaga anak si Sarah ni.Time Adam koma,Laila kembali menguruskan badan?tak la menguruskan company dia.Dalam masa yang sama dia terpaksa berhadapan ngan musuh syarikat yang mempunyai agenda 'ada udang di sebalik mee' la tu.cam biasalah.Remy(Fahrin Ahmad)kawan si Adam ni lak menaruh perasaan dengan Laila
Seterusnya ,adakah Laila akan menerima Adam kembali apabila dia sedar dari koma?...

Park Yong Ha,aktor winter sonata bunuh diri

korang ingat kagi tak drama korea' Winter Sonata' tak pon cite' On Air'?pelakon lelaki dan penyanyi Park Yong Ha(32) ditemui tergantung tanpa nyawa dengan menggunakan kabel charging camcordernya(kreatif tul)
Menurut inspektor Sahab,Park Yong Ha ditemui mati pada pukul 5.30 am oleh maknyer.
Drama terakhir dia tak silap aku 'Love Song' ngan Yoon Eun Hye.
Sebab kematian mungkin sebab tertekan pasal perniagaan dia yang loingkup atau pasal bapak dia yang ada kanser perut.
Majlis pengebumian dia dihadiri ramai kawan artis dia termasuk ,bbestfriend dia So Ji Sub dan artis lain Choi Ji Woo.Bae Young Joo,Kim Hyoung Joo (SS501),Ki Bum and termaksuklah aktres yang pernah digosipkan ngan dia Eugene dan ramai lagi...